Taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu - PI Sg Lui telah mengadakan Program Advokasi bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Sg Lui, Objektif utama taklimat ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan penggunaan internet dan media sosial tanpa kawalan.

Taklimat yang berlansung di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Sg Lui, selama 1 jam bermula dari 10 pagi ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Di dalam taklimat ini, para peserta diberi penerangan mengenai keselamatan internet seperti Pishing.Selain itu, bagi membuatkan suasana menjadi lebih meriah, peserta juga diberikan kuiz dan permainan Giant Wheel KDB yang berkonsepkan keselamatan internet. Setiap peserta yang menyertai permainan tersebut mendapat hadiah sebagai tanda penghargaan.. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali